Friday, October 8, 2010

bilik kecil

entri 4

selang tidak sampai 15 minit,satu lagi entri muncul seperti air menitis dari water filter.

bilik aku di rumah ini adalah paling kecil,bukan kamar kecil,itu toilet.
memang bilik aku sangat kecil jika dibandingkan bilik-bilik lain di rumah ini.
tetapi tidak mengapa.

pada awal kejadian,serasa seperti 'ini tidak adil!' dan lain-lain perasaan
tapi lama kelamaan,aku sudah biasa.

masalah timbul.

aku ada banyak barang.

bilik kecil tidak muat letak harta aku berupa kain-kain berbentuk baju dan seluar dan jubah dan tudung dan selimut dan lain-lain bentuk.

aku menganggap bilik aku seperti negara singapura.

kecil,tapi padat dan kaya.
sama seperti bilik aku.
kecil,tapi padat tapi xberapa nak kaya.

aku mengesyorkan kepada bapa aku supaya membuat rak besi di tepi dinding supaya barang-barang aku boleh disusun secara vertikal,bukan horinzontal.

jika horizontal,mana tempat aku nak pijak lantai bilik aku itu?
jika vertikal,tidak mengapa,lagipun aku hanya berketinggian 159cm.(ukuran di plkn)
tidak begitu tinggi aku kira.aku kan perempuan normal.
mari kita main guli bersama kucing ku bernama arnab

setelah mengucapkan terimas pada bapa kerana menempah rak besi customized dari rakan sekampung,aku menyusun bekas buku-buku pelajaran,kotak model dan sebagainya.
oleh itu,banyaklah ruang untuk aku berpijak di bilik itu.

aku turut menyusun semula katil dengan lebih praktikal dan best seperti bilik itu aku punya.
emak mengoffer bermacam-macam perabot besar seperti bilik itu layak dihuni 3 orang,tetapi maaf emak,anak mu hanya ingin kabinet dolphin.(itu yg tertera di kotak kabinet itu).

5 laci, dan walla..suma bajuku disumbat disitu,i mean,i lipat cantik-cantik,i susun elok-elok,i letak dalam laci itu,tp maaf,tiada ubat gegat,tiada lipas.ada semut kecit.

berbalik seperti singapura.
ini kerana singapura mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi hatta tiada tanah dan ramai imigran bermastautin di sana,bikin bagaimana untuk mereka?nak bikin rumah atas tanah,xcukup,bikin rumah satu bumbung tapi ada banyak rumah.boleh?
rumah itu di stack bertingkat-tingkat.itu jalan penyelesaiannya.makin tinggi rumah,makin banyak ruang di tanah boleh digunakan.bijak bukan?

seperti bilik kecil aku.
ini kerana bilik aku mempunyai kepadatan barang yang tinggi hatta tiada tempat dan barang imigran bermastautin di sini,bikin bagaimana untuk barang ini?nak bikin barang atas lantai,xsukup lantai,bikin rak satu para tapi ada banyak tempat.boleh?
barang itu di stack bertingkat-tingkat.itu jalan penyelesaiannya.makin tinggi rak para,makin banyak ruang di lantai boleh digunakan.bijak bukan?

mengcopy paste bukan kesukaan aku,tapi kegemaran.

oleh itu, dapatlah aku berbaring di atas lantai di bilik kecil setelah mempunyai rak para setinggi 1.8m dari aras lantai.

tahniah!weldone!

aku nak makan biskut.




No comments: