sekarang dalam surau fakulti.based on title ni..just nk remind diri sendiri yang kita hendaklah membantu orang lain dengan sebaik mungkin. ini kerana, jika kita berbuat baik pada orang lain, nescaya ALLAH akan bantu kita di kemudian hari. keikhlasan itu penting. emm...ikhlas..hanya hati mampu mengungkap segala-galanya..^_^. semoga jika saya mudahkan kerja atau urusan orang lain dengan hati yang ikhlas, saya juga akan mengalami perkara yang sama jika saya dalam kesusahan.insyaALLAH..ameenn..:)
teringat satu kejadian dalam satu surau kat terminal One seremban. masa tu petang, waktu asar.saya dan muarian lain dari KMNS (mis u!) dalam perjalanan balik muar. so sementara tunggu bas, lepak dalam surau selain nak solat. so tengah-tengah jaga barang rakan-rakan, tiba-tiba ada seorang pelajar (i think, cos dia pakai baju sekolah agama) datang pada saya dan cakap, "kak,boleh tolong jagakan purse saya?" saya yang masa tu macam terpinga-pinga pun cakap,"mm..ok..ok.."saya pun jagalah purse dia dengan sangat amanah dan fatonah.hehe.
terfikirkah anda semua..kenapakah gadis tersebut membagi pada saya purse beliau?kenapa tidak diberi kepada rakannya yang lain?kenapa dalam ramai-ramai perempuan dalam surau tersebut,dibagi pada saya?uu..penat tau fikir..T___T tp dalam hati rasa bersyukur juga sebab at least, dalam masa yang sangat pendek itu, sy telah diberi kepercayaan dengan menjaga barang paling penting.hurmm...kenapa ye?
macam tadi pun, dalam surau, tetiba ada seorang gadis bertelekung datang pada saya lalu bertanya " akak, zohor pukul berapa?" sy mahu saja jawab, "adik,akak bukan bilal." tp tak sanggup pulak nk cakap macam tu.hehe.lalu saya pun dengan rasa senang (ewah) memberi pertolongan,saya cakap,"oh, akak cek kejap ye kat jakim.." dan-dan pula masa tu ngah surf internet, so google lah jakim..cari waktu solat.."yes,kuala lumpur kul 1322.."ok..dia pun kata terima kasih..hehe..sebenarnya, ada borak-borak dengan dia pasal kos semua masa ngah cari jakim..tp..malas nk taip..huahuahua..apa masalah aku ni?xkisah.ada saya kisah?tiada tiada..^_^
tiba-tiba rasa macam tiada dia pun tidak mengapa.yeay!hehe..tunggu yang lebih bermakna daripada NYA..lagipun,selagi ada DIA, selagi hanya DIA, insyaALLAH..semuanya berjaya..ameenn..^_^
2 comments:
haha~ tahniah kpd pnaz sebab da menceburkan diri dlm bilang blogging nih.. let me be the first to comment.. haha... smoga apa yg ditulis dari hati yg tulus ikhlas.. dan konsisten.. (eceh macam i konsisten je...:P)
watever.. in this entry, i soooooo agree wf u... hoho... gambare a.k.a good luck~ :)
apakah? ada blog suda... hoho ya. ya. teruskanlah dengan konsisten ok
Post a Comment